Wednesday, 7 September 2011

Cha ya nun ta alif

Assalamualaikum
Saya bukanlah sesiapa...saya hanya insan biasa...tapi perasaan cinta sudah pasti wujud dalam diri seseorang walaupun siapa mereka...yang luar biasa..mahupun yang biasa-biasa..kerana pencipta kita adalah sama..Allah yang Esa. Pada anda, apakah makna cinta? Siapakah cinta pertama anda? Mari kita sama-sama letakkan cinta pertama kita kepada Allah....bermula cinta kepadaNya dan serah selama-lamanya cinta tersebut kepadaNya...sudah tentu kita sentiasa mendapat keredhaan Allah...

Kata suami...


Kata isteri....


Kata pasangan......




Apa sebenarnya yg saya nak smpaikan ini bukanlah untuk menujukan kepada mana-mana pihak... Ini cuma ingin berkongsi .... Saya pasti...ramai yang pernah mempunyai cinta pertama....maksud saya kepada insan... Saya yakin juga ramai mengatakan mereka tak dapat nak lupakan cinta pertama mereka....  Tapi bagaimana yang telah mempunyai suami, isteri, anak-anak? Masihkah mereka perlu memberikan alasan tidak dapat melaksanakan tanggungjawab kerana tidak mampu melupakan cinta pertamanya itu??

Apakah yang menyebabkan mereka rasa diri mereka tidak dapat melupakan cinta mereka kepada insan yang tidak kekal itu?

Adakah kerana janji-janji yang ditaburi? Semua orang yang berjanji, adakah semua janji mereka dapat dikotakan? Kita kena ingat, Allah tidak pernah memungkiri janji..... Mungkin mereka telah janjikan sebuah tempat tinggal yang dikelilingi dengan taman... Senang sahaja... percayalah tiada tempat yang indah di dunia ini seindah di syurga....

Oleh itu, bagi mereka yang telah bernikah...syukurilah dengan apa yang kamu miliki.. Jagalah amanah yang Allah berikan kepada kamu. Kamu perlu mencintai Allah dahulu sebelum mencintai insan... Kerana mencintai insan juga disenangi Allah.. Jika kita bercinta berlandaskan syariat, sudah tentu kita mudah sahaja untuk melupakan CINTA PERTAMA yang sudah berakhir itu. Cinta Allah adalah cinta pertama yang sebenar. Kita telah berjanji kepada Allah untuk menjalankan tanggungjawab kepadaNya. 

Sedarlah, cinta yang kita telah miliki merupakan amanah Allah (khususnya buat suami isteri)... Nikmatilah saat bercinta dalam perkahwinan itu dengan baik... Lupakan apa yang bukan milik kita. Hargailah apa yang sedang kita peroleh...Manisnya sebuah bahtera perkahwinan yang dilayari dengan landasan Islam.... Redhailah apa yang telah berlaku... Kerana Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat hamba-hambaNya.... Selesaikanlah pertelingkahan dengan bijaksana.....agar dapat baiki kehidupan. Suami jadilah cermin isteri... Begitu juga isteri, jadilah cermin buat suami.... Saling tegur-menegur jika buat salah....Moga dapat lagi bertemu di akhirat sana... wallahu'alam....

No comments:

Post a Comment