بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amut
Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
Kemudian mengiring ke kanan
nak tahu kenapa tidur mengiring ke kanan itu lebih baik?
ikuti post ni sampai habis...
kesan tidur selain mengiring ke kanan..
1) meniarap
tidur cara ini akan mengganggu sistem pernafasan anda..
hal ini disebabkan oleh tindakan tindihan terhadap difragma yang mengembang dan mengecut akan berlaku secara terbatas. kesannya, udara tidak akan bergerak dengan lancar.. dan boleh mengakibatkan tekanan pada pernafasan individu tersebut. kepada ibu bapa yang mempunyai bayi, elakkan juga bayi tidur secara meniarap...
2) telentang
tidur secara telentang pula mungkin akan menyebabkan individu tidur dengan mulut ternganga.... lidah juga akan mengganggu udara yang masuk. apabila berlaku situasi ini, udara akan masuk ke dalam salur pernafasan melalui rongga mulut terus dan berdengkur yang menyebabkan kekurangan oksigen. tidur secara ini menyebabkan juga gusi menjadi kering dan boleh menyebabkan masalah radang gusi. sedarkah kita bahawa fungsi bulu hidung amat memainkan peranan dalam pernafasan kita? mungkin ia remeh. tapi Allah sangat Maha Bijaksana. apa sahaja yang diciptaNya terdapat fungsi masing-masing yang amat memberi manfaat kepada hamba-hambaNya... (alhamdulillah). fungsi bulu hidung adalah untuk menapis habuk-habuk yang disedut bersama udara daripada ruang atmosfera.
namun, jika individu itu bernafas terus melalui mulut, udara yang kotor akan terus masuk ke bahagian paru-paru. kesannya pula akan memberi gangguan kepada peparu. seseorang mengkin akan mengalami masalah jangkitan pada paru-paru..
3) tidur mengiring ke kiri
sekiranya individu itu tidur mengiring ke kiri pula....ia menjadi masalah kepada paru-paru kiri yang kecil. hal ini demikian kerana paru-paru kanan lebih besar. kesannya, jantung akan menekan peparu kiri tersebut. sudah tentu keadaan tidur seperti ini tidak baik.
tapi kalau tidur mengiring ke kanan.................
organ lain tidak akan tertimpa oleh jantung. jantung akan condong lebih berada di sebelah kiri. udara juga senang masuk ke dalam salur pernafasan tanpa gangguan lidah...
untul lebih lanjut sila ke link ini
http://www.ppimaroko.org/index.php?option=com_content&view=article&id=90:hidup-sehat-ala-rasulullah-saw&catid=58:sayyidul-ayyaam&Itemid=88
atau baca buku ini
atau baca buku ini
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit


No comments:
Post a Comment